Bagi saya,storyline filem nie agak bagus.Menceritakan dari mana asal Tumulak (Sam) nie semua kan,how he met and kenal Fizo ape semua kan..Not bad,tidak membosankan,kene pulak dengan pelakon dia,Sam tu kan..Memang sengal…Sam memang berbakat dan amat sesuai bawak watak macamnie..Si Mikail tu pon,salute la korang ok..
Tapi yang kurang menjadi sikittt adalah lakonan Yana..Nampak agak kekok sedikit..Boleh diperbaiki,dont worry Tapi saya rasa tak perlu lah scene time Sam kejar2 dengan Yana atas bumbung tu,tiba2 boleh terbang pulak..Maksud terbang disini adalah lompatan Sam dan Yana tu sangat jauh…Kalau Sam,saya faham lagi…Mungkin kat Thailand tu dia ada tuntut ilmu apa2 kan…Boleh terima….Tapi bab Yana melompat jauh nie,susah sikit la nak terima..Nampak kekok skit,dalam cite tu pun nampak dia lembik skit..Hehehe…Takpe semuanya boleh diperbaiki..Satu lagi yang saya perhatikan,Sam mencuba sedaya upaya cakap sleng Kelantan+Siam..Not bad at all for him..Dia sudah mencuba sedaya upaya,thats why saya cakap dia berbakat…Dari aspek bahasa,kita boleh tengok la kat Malaysia nie,ramai orang akan pandang serong jer kat orang-orang sana bila diorang bercakap..Lebih-lebih lagi kat Universiti dan Kolej..Bila cakap Kelantan sikit,mula la orang pandang yang mereka2 yang cakap kelantan nie kasar orangnya,samseng,gangster,berpuak2…Haha..Mana ada kan?Secara tidak langsung,filem ini mendekatkan anda dengan sleng Kelantan+Siam nie,best kan?Haha…Filem ini juga mengetengahkan slogan ‘1 Malaysia‘ yang sedang dikempenkan oleh kerajaan pada masa kini.Banyak manfaat dan pengajaran yang kita dapat daripada filem ini.Contohnya dari aspek PERPADUAN.Kaum Melayu,Cina dan India yang diketengahkan didalam filem ini.Dan banyak lagi pengajaran yang tersirat.Anda tengoklah sendiri..Overall,filem KONGSI ini saya rate 4 STAR la cincai…Best,dan tidak membosankan penonton..Yang belum tonton,apa lagi??Tonton laaa!
HAHHAHHA............. X LEH BLAH CITER 2... BUT STIL D BEST HEHHEHEHE
ReplyDelete