Saturday, 30 July 2011

"Aku dapat forward surat cinta nih lam email aku..aku rasa penulis nie nak meluahkan rasa kecewa kat awek dia kot...ahahhaha...tapi lawak gak
la...

"Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil.Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite resit
paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak
duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je.Takut kalau puji kang ayang
marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks,kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah
kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend.Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend
kesemuanya.Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun.Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite,kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak
tampar,nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain,kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30.Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

13. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

14. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang.

15. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang,kite gak yang tido kat sofa.

16. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

17. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

18. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau.30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

19. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.

“Abang, saya nak ke syurga bersama abang..”

kisah ini adelah kisah benar yng sumber yng di perolehi dr ....pasangan vateran....di ........klang selangor....
Hujan gerimis sudah menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti daripada membasahi bumi Tuhan. Matahari sudah tidak segan-segan lagi menampakkan diri sambil tersenyum menyinari alam maya ini dan burung-burung bebas berkicauan ibarat mencipta melodi dan irama tersendiri. Begitu indahnya alam,beredar menuruti perintah yang Esa tanpa banyak soal,namun makhluk yang bernama manusia,yang dikurniakan akal fikiran seringkali alpa dan leka daripada mengikuti arahanNya. Pelbagai ragam dan kerenah insan mewarnai kanvas kehidupan. Semuanya menjadi saksi bisu kepada pelayaran masa yang tiada henti berdetik.
Di dalam keresahan sang rama-rama mahu berkira-kira untuk keluar dari kepompong, kelihatan seorang gadis lincah sahaja pergerakannya menuju ke perut kereta yang tersadai di hadapan rumah dua tingkat itu . Gadis tinggi lampai yang siap berdandan rapi itu cantik mengenakan baju kebaya berwarna merah hati. Langkahnya pendek-pendek tetapi kemas yang dibantu kasut bertumit tinggi itu menyenangkan mata yang memandang. Wajahnya gembira, terukir senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya yang merah.Menawan! Seakan-akan model yang memperagakan pakaian tradisional di pentas.

“ Kirim salam ibu kepadanya ya. Kamu pandu hati-hati kereta tu.”Tegur satu suara yang lembut sekali berbicara dalam nada menasihati. “ Baiklah ibuku sayang. Jangan bimbang!” deruman kereta Kia itu diselangi lambaian mesra sang anak kepada ibu yang setia menemaninya setelah pemergian ayahnya. Wanita itulah yang menjadi ibu, menjadi ayah buat dirinya. Hatinya dipaut kesayuan mengenangkan takdir yang merebut kasih insan yang tercinta namun baginya, segalanya sudah catatan . Biarkan ayahnya dengan dunianya. Tiada guna mengeluh kesal,dukacita kerana hidup mesti diteruskan seperti biasa.Tiada guna menangis seperti tiada lagi hari esok buatnya.
Paluan kompang mengiringi pasangan mempelai ini di pentas pelamin. Cantik dan sama padan! Perhiasan yang segalanya berwarna keemasan menaikkan seri keindahan hari berbahagia teman baiknya. Sungguh meriah dan segalanya teratur. Rumah besar itu gamat dengan kehadiran tetamu yang bersama-sama memeriahkan majlis raja sehari itu.

“Hai Hana, kahwin juga kau dengan Hariz. Tercapai juga mimpi khayalan kau”bisiknya sambil mencium pipi pengantin yang kemerahan-merahan menahan malu. Peristiwa kenangan silam Hana yang setahun lebih muda darinya dan Hariz;teman sekuliahnya menerpa ke lembah memorinya. Lucu pula mengenangkan dirinya yang menjadi orang tengah antara junior dan teman baikknya sejak di bangku sekolah lagi. Tidak sangka pula hingga ke jinjang pelamin kisah cinta mereka.
“Sekurang-kurangnya ilusi aku bertukar menjadi realiti. Zue, bila pula aku nak merasa nasi minyak kau? Kawan-kawan yang sebaya dengan kau dah beranak satu , dua tapi kau masih solo lagi. Alahai bilalah makcik ni nak kahwin” usik Hana dengan selamba. Gadis itu tidak mengambil hati dengan kata-kata temannya kerana sudah biasa, dan lali menerima ceramah percuma berkenanan tajuk ‘kahwin’. Alah bisa tegal biasa.
“ Bukannya tak mahu kahwin , tapi tak sampai seru lagi”itulah yang sentiasa meluncur laju daripada bibir nipisnya tatkala diajukan soalan berkaitan kahwin. Namun alasannya seakan-akan basi dan tidak boleh digunapakai di telinga pendengar kerana rata-rata wanita pada umurnya bukan lagi hidup bersendirian.
“Aku tunggu Maher Zain meminang aku, baru aku kahwin”ujar Zue yang amat meminati penyanyi terkenal ini. Gelak tawanya menghiburkan hati mempelai bak merpati putih dua sejoli ini.

Suasana di rumah dua tingkat ini dimamah kesepian. Jendela kecil di penjuru bilikknya dikuakknya lemah. Pandangan mata kuyunya itu dihalakan kearah lautan yang terbentang luas. Ombak-ombak yang tiada henti menghempas pantai seperti membantu gadis berwajah bujur sireh ini menterjemahkan gelora hatinya dikala itu. Kata-kata ibu Zue masih berlegar di ruang benakknya.
“Zue, ibu ada terima pinangan orang tadi untuk kamu. Dia anak kawan ibu masa sekolah menengah dahulu. Santun orangnya. Ibu berkenan nak jadikannnya menantu. Anaknya berkerja sebagai jurutera. Ibu harap Zue terimalah lamaran ini. Ini dah masuk kali keenam orang masuk merisik Zue. Lima orang tu, bulat-bulat kau tolak. Apa lagi kau nak , Zue?” lancar sahaja ibu bercakap bak juruhebah di televisyen.
“Zue bukan apa ibu,tapi…”
“Tapi belum sampai seru?”pantas ibu menduga fikiran anak gadisnya itu. “Sudah-sudahlah Zue. Alasan lapuk! Sedarlah diri kau dah nak masuk umur 27.Ibu tak mahu anak ibu tergolong dalam kumpulan andartu.”sambung ibu kepada doktor pakar ini.
Cincin bertahta berlian masih utuh tersimpan rapi dalam bekas baldu merah. Zue masih belum mengatakan apa-apa keputusan mengenai lamaran itu meskipun sudah seminggu berlalu. Gambar jejaka yang ingin menjadikannya suri hati itu ditatap kembali. Perasaannya seolah-olah bergetar inginkan kepastian.
“Siapa nama dia ibu?”
“Ahmad Junaidi bin Dato’ Saif”

Angin malam terus melayan sepinya. Lagu Innocent nyanyian Avril Lavinge terus menemani telinganya. Seketika, dia terus dibawa arus mimpi.
“Alhamdulillah.. akhirnya!”pantas wanita 50-an itu memeluk anak gadisnya itu.
“Ibu ni kenapa? Macam tak pernah tengok Zue sebulan.” Zue menyampuk kehairanan. “Oh, baru faham.. sebab cincin ini ya ibu?”soal Zue sambil menunjukkan cincin yang sudah terlekat di jari manisnya. “Ibu, Zue terima lamaran ini sebab ibu. Biarlah ibu gembira, Zue tak kisah”ujarnya tanpa dipinta.

Meski jiwa sang ibu sedikit terusik, namun jauh di sudut hatinya mengharapkan agar kebahagian menemani anak tunggalnya itu kelak. Bukannya dipaksa kahwin kerana benci, tetapi kerana hatinya ingin sekali melihat anaknya mampu hidup seperti insan lain, merasai kasih sayang secukupnya. Dia mengerti jiwa anaknya itu sukar untuk menerima insan lain dalam kamar hidupnya selepas bersama-sama merasakan keseksaan ditinggalkan suaminya. Dia tahu anaknya begitu takut untuk memasuki gerbang perkahwinan kerana bimbang diperlakukan seperti ibunya. Dia tidak mahu hidup dalam kegelapan perangkap si lelaki berhidung belang.
“Awak ni mana tak sampai-sampai lagi?”getus Zue sambil melihat jam tangan Rolexnya.
“Sabarlah, jalan sesak. Lagi 15 minit saya dan keluarga sampailah. Dah tak sabar nak jumpa saya ke?”usik Junaidi sambil ketawa kecil.
“Awak jangan nak merapu. Ibu yang tanya. Tiada masa nak layan awak!” sembur Zue lagi, lantas mematikan panggilan. Junaidi masih ketawa di hujung talian.

“Zue,Zue..tidak berubah..”tersenyum Junaidi sambil meneruskan perjalanannya. Masa yang berlalu diisinya dengan doa ke hadrat Ilahi agar majlis yang akan berlangsung nanti berjalan dengan lancar. “Ya Rabbi, bantulah hambaMu ini. Jagalah hatiku dan hatinya. Moga Kau makbulkan segala isi hatiku.Amin”
Akad dilafaz penyubur ikatan,
Syariat dan adat dijunjung bersama,
Segala-galanya sudah dicatatkan,
Seperi bertautnya hati Adam dan Hawa.
“Tahniah Cik Zue.Ops, Puan Zue.” Gurau Hana sambil dipimpin suaminya,Hariz.
“Ish kau ni. Dari zaman bujang sampai dah berbadan dua, perangai kau suka menyakat orang tak pernah hilang-hilang.”gelak Zue sambil bersalaman dengan sahabat baiknya itu.
“Zue, cepat-cepatlah jadi ibu ya. Boleh kita berbesan nanti”sambut Hariz bersahaja.
“Kau jangan nak merapu. Aku sendiri pun tak kenal suami aku siapa. Entah dari planet mana asal usul dia pun aku tak tahu. Kalau tidak kerana ibu, jangan mimpi aku terima dia.”mengeluh Zue sambil memandang suaminya yang mesra melayani tetamu yang datang.

“Tapi kacak juga suami kau ya? Ada iras-iras Maher Zain aku lihat.”terbatuk Hariz mendengar isterinya memuji Juanidi. Tetapi tindakannya tidak diendahkan Hana,pura-pura tidak mengerti. Cemburu! Ada-ada sahaja kalian.Zue tersenyum sambil menggeleng kepala melihat kerenah pasangan bahagia ini. Lagu Barakallah dendangan Maher Zain menceriakan lagi suasana.
Petang mula melabuhkan tirainya. Matahari sudah pulang ke kamarnya sementara bulan dan bintang sudah bersedia untuk menjadi penghias dada langit. Sesekali tahi bintang menziarahi mereka dan pantas beredar pergi. Zue mendongak ke langit mencari sinar bulan purnama, tetapi ia kelam dilitupi awan gelap.
Lafaz salam terakhir solat isyak dari suara merdu suaminya itu mengejutkan Zue dari lamunan emosinya. Dia hanya memandang lesu ke arah jejaka yang berjaya menjadi suaminya itu berdoa,berteleku di sejadah merah. Tiada perasaan sayang yang terbit.
“Awak nak air ke apa-apa tak?”soal Zue acuh tak acuh.
“Sayang, mari kesini”ujar Junaidi lembut sambil menepuk-nepuk kusyen di sebelahnya. Zue melangkah teragak-agak.
“Ada apa?”kata Zue lepas.Tangannya ditarik Junaidi untuk duduk bersebelahannya.
“ Lama tak tatap wajah awak. Rindu” jawabnya lancar.
“Lama? Bila pula awak pernah tengok saya? Saya tak pernah kenal pun awak. Saya terima awak pun sebab saya sayangkan ibu saya.”luah Zue tanpa berlapik-lapik.
“Zulaikha Qistina, awak betul-betul dah lupakan saya?” persoalan Junaidi dibiarkan tidak berjawab. Kotak memorinya dibiarkan berputar kembali. Suara itu, senyuman itu, mata itu..
Betapa kecilnya dia sebagai makhluk Tuhan. Insan yang pernah bergelar ketua pelajar dan merangkap penolong ketua Usrah sekolah menengahnya kini menjadi suami yang bakal menemaninya sepanjang hayat.
Kenangan 13 tahun kembali bertandang. Coretan minda membawanya megingati kembali saat dirinya dimarahi Junaidi di kompleks membeli belah yang terletak di tengah-tengah bandaraya itu kembali subur di lubuk ingatannya. Perasaan malu, marah bertimpa-timpa menerkam jiwanya. Semuanya gara-gara terserempak dengan Junaidi semasa keluar bersama-sama teman sekelasnya. Hanya Zue yang tidak bertudung. Rentetan dari peristiwa itu, Zue langsung tidak menghormati Junaidi yang 4 tahun lebih berusia darinya dan namanya terus menjadi bualan teman-teman persekolahannya.
“Saya nak minta maaf.Saya tahu saya dah memalukan awak sayang.”suara itu begitu merayu-rayu.
“Eh awak, setakat nak minta maaf, tak perlulah awak sampai meminang saya, kahwin dengan saya. Saya bukannya solehah macam orang lain. Bertudung litup, bergaya busana muslimah. Kenapa awak cari saya lagi? Nak malukan saya lagi?? Kalau bukan kerana awak, saya tak akan tinggalkan sekolah itu.”Zue meluahkan segala isi hatinya yang terkilan selama ini.

“Zue sayang.. awak tak tahu betapa susahnya hati saya bila ..” kata-kata Junaidi pantas dipotong Zulaikha. “Bila apa?Bila awak tak tahu nak marah siapa lagi kan?Yalah dalam sekolah itu, yang bermasalah, yang selalu ponteng usrah dan macam-macam lagi aktiviti awak buat saya seorang saja. Sudahlah, saya nak tidur. Awak tidur di sofa.”tegas suaranya memberi arahan. Junaidi masih tersenyum melihat kerenah isterinya. Dia memahami jiwa sang wanita yang mudah tersentuh, namun mudah pula dilenturkan tetapi tidak disangkanya luka dihati isterinya begitu dalam. Biarlah... Segala-galanya memerlukan ketenangan dan kesabaran.
“Zue nak ke mana ni?”
“Saya nak pergi kerjalah. Saya ni doktor. Dah tiga hari saya tak buka klinik saya.Bosan asyik memerap dalam rumah ini.”Zulaikha menjawab selamba.
“Awak nak tunjuk kat siapa rambut awak yang cantik itu? Alahai, cantiknya isteri abang bersolek. Tapi rasanya tak perlulah tunjuk kat orang lain kecantikan awak itu kan sayang?”lembut sahaja Junaidi berbicara sambil mencicip kopi panas.

“ Saya nak pergi klinik saya . Ikut sayalah saya nak pakai ke tak nak.Bukannya nak pergi ke masjid.Tak pernah letih ke mulut awak tu?Asyik membebel sahaja. Dari zaman sekolah lagi suara awak saja yang berceloteh! ”Radang Zulaikha mendengar suaminya memberi perlian yang menyakitkan hatinya. Teguran Junaidi tidak diendahnya. Dia berlalu pergi dengan hatinya yang meletup-letup bagaikan lava panas yang mengalir.
‘Abang tunggu sayang kat Hotel Cliquey ya? Jangan lambat’
“Apa hal pula mamat ni nak jumpa aku kat hotel? Kat rumah pun boleh nak bagi tazkirah kat aku.”getus hati kecil doktor ini.
Perkarangan hotel ini dipenuhi lampu yang berwarna-warni.Hiasannya memukau mata sesiapa sahaja yang melihat. Rambut lurusnya dibiarkan rapi tidak berikat. Mata kuyunyanya melilau mencari kelibat jejaka pemilik kulit cerah yang sentiasa sabar melayani tindak tanduknya yang berajakan nafsu semata-mata itu.
Dua bulan sudah dirinya bergelar isteri orang, namun tiada langsung cair di hatinya untuk menerima hakikat jurutera itu sebagai suaminya. Hujan lebat tiba-tiba mencurah melenyapkan kesunyian hatinya. Zue lemas sendiri. Lemas dalam khayalan mindanya. Entah mengapa egonya terlalu menguasai diri. Jika dikenangkan peristiwa itu telah lama berlalu dan sudah mati terkubur dalam pusara cerita lama, namun kini ia seakan-akan diseru kembali untuk bangkit. Zulaikha sepatutnya bersyukur dikurniakan suami yang begitu sabar dan mencintai dirinya. Bukan seperti bapanya yang pantang melihat wanita berdahi licin, semua mahu disapunya. Ah, semua lelaki sama! Hatinya kembali mendesah duka.
Rambutnya yang ditiup angin malam disisir jarinya kemas. Tangannya membetulkan jam tangan sambil melihat detik yang pantas berlalu. Hatinya memberontak keras. Diajaknya datang tetapi diri sendiri tidak muncul-muncul.
Ku pendamkan perasaan ini,
Ku rahsiakan rasa hati ini,
Melindungkan kasih yang berputik,
Tersembunyi di dasar hati..
Deringan lagu Hanya Tuhan yang Tahu nyanyian kumpulan UNIC memancing cuping telinganya. Bait-bait perkataan itu di dengarinya indah meski hatinya panas kerana Junaidi senang-senang sahaja menukar nada dering telefon bimbit Sony Erricsonnya itu. Punat hijau ditekan Zulaikha pantas.
“Puan Zulaikha?Isteri kepada Encik Junaidi?”cemas sahaja suara wanita yang agak berusia di hujung talian.
“Ya, saya.Kenapa?”Zue mengiyakan ,terdesak.
“Saya berharap puan bersabar.Suami puan dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di ICU kerana terlibat dalam kemalangan”tersekat-sekat suara jururawat itu memberikan maklumat.
Seketika dirasakan dunia ini gelap. Meski dia bukan cintanya tapi hakikatnya Junaidi adalah suaminya!
Kia merah itu berlari kencang berlari bersama-sama kenderaan lain di Jalan Tengku Zainal. Air matanya menderu kegelisahan, penuh penyesalan. Ah Zulaikha, di saat suamimu antara bertarung detik hidup,mati barulah tersedar tanggungjawab dan hakikat sebenar kehidupanmu.Barulah mahu menanam benih cinta padanya.Zulaikha , kau memang perempuan yang tidak pandai mensyukuri nikmat Tuhan! Bertimpa-timpa tuduhan dihempapkan atas dahinya sendiri.

“Ya Allah, selamatkanlah suamiku”pohonnya sayu.
Bacaan Yasin dan tahlil mengisi setiap ruang rumah besar di tepi pantai itu. Zue cuba mengikuti bacaan itu tetapi kesedihannya masih menebal di sanubarinya. Suaranya yang tersekat-sekat itu menghalangnya melafazkan bait-bait suci ,kalam Tuhan. Jiran tetangga dan saudara –mara yang datang tiada henti mengucapkan takziah menyesakkan jiwanya.

“Sabarlah nak, Allah lebih menyayanginya.Cukuplah air mata itu kau tumpahkan. Biarlah rohnya bersemadi tenang. Mana Zulaikha yang berjiwa kental dan tabah? Mana? Selautan air mata sekalipun kau ciptakan, rohnya tetap kekal di sana”pujuk Ayah Long Zulaikha. Mata redupnya cuba menahan sebak, tetapi dia lemah! Matanya tidak berhenti menumpahkan air mata panas yang mengalir tiada henti. Perempuan bertubuh lampai ini sudah pudar dari wataknya yang tegas dan kental . Sekeras mana pun ais, tetap akan cair bilamana terkena panahan cahaya mentari yang menyinga. Jiwa mana yang tidak runtun jika ditinggalkan insan tercinta?!
Wajah bujur sireh itu ditatapnya kasih sepuas-puasnya. Lama dia merenung wajah pemilik mata kuyu ini tanpa kelip-kelip. Cantik! Cantik asli yang tidak mungkin dapat ditewaskan peragawati-peragawati terkenal. Rambutnya hitam panjang mencecah paras bawah bahu tersisir rapi. Mata redupnya dihiasi bulu mata lentik dan panjang.Indah! Meski tanpa solekan yang membalutinya, ia seakan-akan bersinar menampakkan cahaya. Ya, cahaya keislaman yang terbit dari wajah yang memukau jiwa sang arjuna hati.
“Abang ni kenapa?”tegur suara lembut sambil tangannya menari-nari memicit bahu Junaidi.
Junaidi yang duduk di hujung katil tersentak, senyuman manis dilemparkan kearah isteri tercinta sambil tangannya memaut jari-jemari Zue yang putih gebu.
“Tiada apa-apa. Cuma gembira melihat Zue yang sudah mendapat semangat kembali setelah pemergian ibu. Selepas ini jangan sedih-sedih lagi ya? Nanti anak dalam perut awak tu sedih juga.”usik Junaidi sambil mencubit pipi Zue yang kemerah-merahan.

Zulaikha mengangguk faham. Sudah sebulan ibunya meninggalkan alam fana ini. Sakit jantung yang disembunyikan Puan Rose selama ini daripada pengetahuan anakandanya akhirnya menjadi asbab musafirnya ke alam seterusnya. Pergi menemui Tuhan. Begitulah roda alam. Tiada yang kekal kecuali yang Esa namun yang hidup mesti meneruskan kehidupan. Sia-sia menangis pilu tiada berkesudahan. Ya Tuhan, rahmatilah roh ibu disana.
Siaran ‘Mari Mengaji’ menjadi santapan Zue petang itu.Sedikit sebanyak hatinya terhibur mendengar si kecil melantunkan kalimah suci.Telatah mereka yang bersahaja di hadapan kamera juga menjadi halwa jiwanya. Lafaz salam disambutnya girang menyambut si suami yang pulang dari kerja,kepenatan.“Selamat hari lahir sayang!”kucupan mesra singgah di pipi Zulaikha yang semakin tembam semenjak berbadan dua. Aiskrim berperisa strawberi dan vanilla disuapnya penuh kasih ke mulut isterinya.
“Alahai abang, aiskrim je ke?Tak ada hadiah yang besar-besar ke untuk saya?”mengomel Zulaikha sambil tangannya menyuap kembali aiskrim untuk suaminya, Junaidi.
“Ish, tak bersyukur langsung.”balas Junaidi selamba sambil tersenyum nakal. Tangannya pantas menyarungkan tudung berwarna merah jambu tatkala isterinya tertunduk merajuk. Jari Junaidi lembut mengangkat wajah yang berjaya merebut hatinya itu.Cantik, ayu! Zulaikha tersipu malu menerima pujian dari bidadara hatinya.
“Ala…abang..Zue dah ada tudung warna ni,tapi tak mengapa. Zue suka” manjanya mengalahkan budak-budak yang merayu kepada ibunya bila mahukan sesuatu.Junaidi tersenyum melihat kerenah isterinya itu. Zue..Zue….
“Sebenarnya tudung ini abang beli semenjak abang merasa sesal memarahi Zue dahulu. Abang nak bagi tudung ini sebagai tanda maaf abang, tetapi remuk hati abang apabila mendapat tahu Zue telah berpindah ke sekolah lain. Masa itu abang tahu, jiwa abang dah jatuh hati pada kamu.Segalanya abang luah kepada Ilahi meminta ketetapan hati,tetapi wajah Zue juga yang menjadi bayangan mimpi. Abang tidak akan mudah beralih hati jika hati sudah terpaut pada seseorang.Abang cuba cari sayang, tetapi hampa.Abang pasrah. 12 tahun abang mencari Zulaikha Qistina tetapi Alhamdulillah,tatkala jiwa abang sudah patah untuk mencari suri hati ini, Allah temukan mama dengan ibu. Tak sangka pula, Zue anak Datin Rose.”Luah Junaidi sambil membetulkan tudung yang manis disarungkan pada isterinya itu.
“Abang, Zue minta ma…”


“Shh..Zue tak salah apa-apa. Zue ingat lagi malam yang abang kemalangan dahulu?”soal Junaidi dengan jarinya yang melekat dibibir nipis isterinya yang sudah bergenang air mata keharuan.
Zulaikha terdiam menanti kata-kata Junaidi. “ Pada malam itu,abang ajak sayang ke sana untuk menghadiahkan tudung ini untuk hari jadi Zue, tetapi kita hanya merancang Tuhan menentukannya.Mujur tudung ini tidak cedera juga.”sempat lagi dia bergurau senda,mencipta tawa. “Abang harap Zue sudi terima hadiah tak seberapa ini.” Junaidi mengakhiri kata-katanya dengan perasaan berbunga girang setelah meluahkan segala isi hatinya.
Kepala Zulaikha dilentokkan kebahu suaminya. Menangis haru mengakui cinta sejati suaminya, mengenangkan jasa suaminya yang berupaya mengubahnya menjadi wanita muslimah sejati, yang memisahkannya dari kancah dunia keseronokkan alam yang tidak kekal abadi ini.
Junaidi masih mengukir senyuman tenang penuh kesyukuran. Jiwa yang keras dahulunya sudah berjaya dilenturkan. “Ya Allah, rahmatMu sungguh besar. Kau lindungilah kami dalam maghfirah dan rahmatMu. Pandu dan tautlah hati kami dalam menuju syurgaMu”pinta hati kudus jejaka ini ke hadrat Ilahi.

“Abang, saya nak ke syurga bersama abang..”

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.release tention~ ^_^*)

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
KONGSI JAWAPAN ANDA~ ^_^

Friday, 15 July 2011

Bibik dan Telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

lawak...............

Lawak 1

Sila baca dengan teliti:

“Pakiruan Rapundu Kpratus Amtagul Bukwuru Gratalun Subono”

Tahniah, anda baru sahaja membaca jampi untuk membesarkan lubang jubur sendiri!

(Bulad)


Lawak 2
Ke depan best, kedalam syok, ke kiri ke kanan lagi shedaap! Kalau dicucuk dalam dalam, Fuyooo… Bestnya korek telinga… Hehe

(Bulad)


Lawak 3
Ada seorang raja mempunyai 4 orang isteri… Maria, Bertha, aminah dan Puteri… Bila Baginda memanggil semua isteri isterinya… Baginda menjerit! “Mari, Ber, Am, Put” kah kah kah…

(Bulad)


Lawak 4
Angkat tangan! Ini satu rompakan, yang hnsem ke kiri, yang cun ke kanan, yang muka macam gerila tu, jangan pura pura membaca depan PC… Pergi ke tengah! Cepat!.

(Dangkal)

Lawak 5

Sang lalat dan bini lalat pergi merayau rayau mencari makan, mereka masuk ke dalam jamban untuk makan tahi. Bini lalat berkata..

Bini : “Bang, kenapa kita kena makan tahi hari-hari?”

Laki : “ Hish… Jangan cakap benda-benda kotor time makan!”

(Jennety)


Lawak 6
Malaysia telah mengharamkan puak radikal seperti Al-Aqram, Al-Maunah, Al-Qaedah. Cuma satu puak lagi yang masih dibenarkan bergiat dan mempunyai ramai ahli iaitu “Alkohol” hahahaha

(Gracya)

Lawak 7

Allah menciptakan manusia berpasangan, ada lelaki, ada wanita. Ada yang comel dan ada yang Hodoh. Yang comel tulis cerita lawak, yang hodoh baca lawak. Kita harus tabah menerimanya.

(Bulad)

Lawak 8

Aku bertekad nak bagitau perasaan sebenar aku padamu.. “ Aku sangat-sangat dan amat mencintaimu, aku tidak boleh hidup tanpamu”

Yang benar,
Unta.

(Kaduk)


Lawak 9
How I wish I could touch you, feel your body and hold you with my hand. I kiss your lips so fresh and sip the tastiest part of you..! I Love U… My refreshing Coca Cola!

(Wong Kui Ming)


Lawak 10
Seorang datuk dan cucu sedang berbual bual pada waktu petang…

Cucu : “Tuk, kenapa rambut atas mu beruban?”
Datuk : “Sebab kurang hiburan”
Cucu : “Tapi nenek kata, rambut kat bawah tu takde pun putih??”
Datuk : “Apa mau hairan, Itu kan pusat hiburan!” “Binawe punya nenek ngko!”

(Abito)

Lawak 11

Just want you know that our friendship means a lot to me.. You cry, I cry.. You laugh, I laugh.. you jump out through the window,.. I look down and shout! “wah lau weh! Tingginya... haha… tak guna punya member…

(Wong Kui Ming)

Lawak 12

Anak cina di Tanya…

Atuk apa nama? Quat Ngo Rat
Mama apa nama? Quat Ley Ter
Bapa apa nama? Quat Ray Sing
Abang apa nama? Quat Ley Park
Tuu.. yang depan PC tu? Quat Ken Tut!

(Kaduk)


Lawak 13
Aku dah fedup betul dengan ko ni! Ko jaga sikit mulut ngko tu! Apasal ko ni busybody betul! Habis semua orang ko bagitau yang aku ni… Kiut!


(Reynold)

Lawak 14
Tips untuk ceria:

Jika kamu resah, pandanglah wajahmu di cermin dan katakana… “Oh my God, Kiutnya aku”.. Tapi kena ingat… Jangan buat selalu sebab tak elok menipu…

(Bulad)


Lawak 15
Ada pasangan baru nikah.. Bini orang kampong, laki pulak dari Bandar… Malam pertama laki pakai kondom. Bini hairan… Esok ibunya Tanya macamana semalam? “Syok mak, masih baru lagi! Masih dalam plastic..”.. Hehehe

(Bulad)


Lawak 16
You are ABCDEFGHIJK

A – Attractive
B – Brilliant
C – Cute
D – Dazzling
E – Excellent
F – Funny
G – Great
H – Hot
IJK- I Just Kidding

(Bulad)


Lawak 17
Iklan terhebat di pasaran!

‘Ingin besarkan alat kelamin anda? Tanpa kesan sampingan, Tanpa was was, Tanpa bahan kimia mahupun dadah, Tanpa alcohol. Jaminan 100% dan berkesan. Guna lah Kanta Pembesar!’

(Reynold)


Lawak 18
Ingatlah… Jika kamu dimarah, kamu diam… Difitnah! Kamu senyum… Dikeji.. Kamu ketawa.. Nescaya dengan berbuat demikian, kamu tergolong dalam orang-orang yang tiga tahun tak korek telinga!

(Reynold)


Lawak 19
A man wet to buy ayam dekat pasar!

Man : Tokey, sayap ayam ada?
Tokey : Habis bos…
Man : Paha ayam?
Tokey : Habis juga lah bos…
Man : Pukiayam tul!
Tokey : Itu pun habis!
Man : @###%5&8 +=+ Errghhh!

(Beech)


Lawak 20
Ada cinta tapi tiada kejujuran… Ada kasih tapi tiada kesetiaan… Ada keikhlasan tapi tiada keluhuran… Ada kebahagian tapi tiada kesabaran… Tapi kalau ada ASTRO… macam macam ada!... Hehe


(Jennety)

Lawak 21
Masa bercinta, marah pun manis, baru kahwin, lagilah manis… Bila tua.. Yang ada cum.. Kencing Manis!

(Reynold)


Lawak 22
Engkau sungguh dinamis, sifatmu cukup piutis, gayamu selalu erotis, jiwamu sungguh romantis, caramu seperti celebrities… Tapi wajahmu seperti teletubies!

(Kaduk)

Lawak 23

Nenek dusun bagi pisang pada seorang Mat Salleh!

Mat Salleh : Thanks a lot!
Nenek : Mulau! Sudah bagi pisang, dia mau ‘tonsilot’ saya lagi!

(Kaduk)


Lawak 24
Kambing mengata ayam!

Kambing : Ko ni nampak jak macam raja… Ada crown.. tapi selipar pun tadak!
Ayam : Kau kambing! Nampak macam alim tapi ‘tantalau’ diluar!

(Kaduk)


Lawak 25
Ada 5 orang adik beradik, nama-nama mereka Pandit, Tatit, Mudit, Hindit, dan Tampit… Bila ibu memanggil ananya sekaligus… Pan! Tat! Mu! Hi! Tam!

(Kaduk)

Lawak 26

Lumrah alam… Bila kita susah, tiada siapa yang nak tolong… Bila kita sepi, tiada siapa yang nak temankan… Bila kita sakit, tiada siapa yang bertandang… Tetapi bila kita kentut… Semua orang pandang!

(Kaduk)


Lawak 27
Nyatanya mengapa suami mencintai isterinya…??

Cintanya
Isi Hatinya
Perwatakannya
Amalannya
Paras rupanya

Diringkaskan! CIPAP nya! Hahaha

(Kaduk)


Lawak 28
I want to share everything with you!

You’re Sadness
You’re Happy Moment
Every single Second of the day…
Let’s Start with…. Your Bank Account!.. Hehe

Minyak Wangi 18 keatas saje

Kejadian ini terjadi pada suatu terminal bas ketika menjelang perayaan. Ketika itu terminal penuh sesak, sehingga untuk berjalan pun susah. Seorang perempuan, dengan susah payah akhirnya dapat duduk di satu seat yang masih lagi kosong.
Kerana lama sangat menunggu tetiba perempuan tadi terasa ingin membuang air kecil .... kacau² fikir perempuan ini.
Kalau turun, hendak ke tandas, tempat duduk ini tentu akan menjadi milik orang lain.
lantaran itu, perempuan itu membuang air kecil disitu ( seat sebelah nyer )

Akhirnya sambil tersenyum lelaki itu berkata : Wah . . . . . , kalau minyak wangi yang seperti ini . . , penutupnya ada pada saya....... Kemudian lelaki tadi mengeluarkan sapu tangannya dan mulai membersihkan tempat duduk itu. Akan tetapi dia mula curiga dengan baunya yang lain, maka diciumnya sapu tangan itu . . . . Perempuan : Oh . . maaf, ini . . anu . . , minyak wangi saya tadi tumpah . . , tak ada tutupnya . . . . Lelaki : Maaf yer . . , mengapa tempat duduk ini basah ? Tak lama kemudian datang seorang lelaki yang hendak duduk di sebelah perempuan tersebut. Melihat tempat duduknya basah, maka lelaki itu pun bertanya :

Wednesday, 13 July 2011

lu langsi lu mati...

Bagi saya,storyline filem nie agak bagus.Menceritakan dari mana asal Tumulak (Sam) nie semua kan,how he met and kenal Fizo ape semua kan..Not bad,tidak membosankan,kene pulak dengan pelakon dia,Sam tu kan..Memang sengal…Sam memang berbakat dan amat sesuai bawak watak macamnie..Si Mikail tu pon,salute la korang ok..
Tapi yang kurang menjadi sikittt adalah lakonan Yana..Nampak agak kekok sedikit..Boleh diperbaiki,dont worry Tapi saya rasa tak perlu lah scene time Sam kejar2 dengan Yana atas bumbung tu,tiba2 boleh terbang pulak..Maksud terbang disini adalah lompatan Sam dan Yana tu sangat jauh…Kalau Sam,saya faham lagi…Mungkin kat Thailand tu dia ada tuntut ilmu apa2 kan…Boleh terima….Tapi bab Yana melompat jauh nie,susah sikit la nak terima..Nampak kekok skit,dalam cite tu pun nampak dia lembik skit..Hehehe…Takpe semuanya boleh diperbaiki..Satu lagi yang saya perhatikan,Sam mencuba sedaya upaya cakap sleng Kelantan+Siam..Not bad at all for him..Dia sudah mencuba sedaya upaya,thats why saya cakap dia berbakat…Dari aspek bahasa,kita boleh tengok la kat Malaysia nie,ramai orang akan pandang serong jer kat orang-orang sana bila diorang bercakap..Lebih-lebih lagi kat Universiti dan Kolej..Bila cakap Kelantan sikit,mula la orang pandang yang mereka2 yang cakap kelantan nie kasar orangnya,samseng,gangster,berpuak2…Haha..Mana ada kan?Secara tidak langsung,filem ini mendekatkan anda dengan sleng Kelantan+Siam nie,best kan?Haha…Filem ini juga mengetengahkan slogan ‘1 Malaysia‘ yang sedang dikempenkan oleh kerajaan pada masa kini.Banyak manfaat dan pengajaran yang kita dapat daripada filem ini.Contohnya dari aspek PERPADUAN.Kaum Melayu,Cina dan India yang diketengahkan didalam filem ini.Dan banyak lagi pengajaran yang tersirat.Anda tengoklah sendiri..Overall,filem KONGSI ini saya rate 4 STAR la cincai…Best,dan tidak membosankan penonton..Yang belum tonton,apa lagi??Tonton laaa!

10 AMARAN BAPAK AWEK KORANG BAGI KAT KORANG... AWAS!

Al kisah...............
aku dapat cerite ne dr member aku ng angat bercinte la......
pade mulenye die cerite kat aku yng dia dpt 10 amaran dr bapak awek die bile aku dengar bapak lawak gile beb......xpercaya ha...bace ne

10 amaran  nye adelah

Amaran 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Amaran 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Amaran 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Amaran 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Amaran 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Amaran 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Amaran 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Amaran 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Amaran 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Amaran 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Amaran dari cacing: Agak-agak dah gila sangat nak melucah tu, kau masuk je meminang. Tapi kena pastikan gaji tu ada tahap-tahap RM5000. Kalo takde kau pegi masjid banyakkan beramal supaya dijauhkan perbuatan mugkar.


slmt beramal.........

surat cinte gile

"aku dapat forward surat cinta nih lam email aku..aku rasa penulis nie nak meluahkan rasa kecewa kat awek dia kot...ahahhaha...tapi lawak gak
la...

"Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.Time tu kite tak dapat nak jawab. Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan. Ayang call kat kite kite malas nak jawab. Tang mane erk kite sayang kat ayang? Semalaman kite duk pk soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang kite kat ayang sangatla kerdil.Sebab tu la ayang selalu merajuk erk? Tak tahula, setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap sem kite dapat Anugerah Dekan. Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem kite resit
paper. Sebelum kenal ngan ayang kite belajar pakai duit biasiswa, lepas kenal ngan ayang, keluar makan lagi nak mintak
duit ngan emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je kat ayang. Kalau ade 2 buah epal,kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan tang badan ikan tu, kite pula makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite tak pernah kutuk ayang tak cun.Tapi kite yang hensem ni ayang lagi nak kutuk ngan member depan kite, kata kite tak hensem langsung. Eera Fazira berlalu depan mata, kite diam je.Takut kalau puji kang ayang
marah. Mat Indon duk depan Sogo ayang gi ngorat time kite gi tandas. Siap mintak nombor tepon depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe nak makan Starbucks,kite tipu kite dah kenyang, padahal bile dah sampai kat umah
kite makan mee maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak pernah ade girlfriend.Selepas ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi ayang ada 20 boyfriend
kesemuanya.Kite tak pernah marah ayang plagirl, dah tu ayang kata kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang cium terus tak pernah tanya pun.Tapi bile kite rasa nak cium ayang, lepas tanye lagi nak kene reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar muka kite, cubit peha kite,kite tak pernah tengking sekali pun, apatah lagi nak cubit, nak
tampar,nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh cinta ngan laki lain,kite nak buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki tu. Tapi bile kite tanya kalau kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang nak buat ape, ayang kata nak bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang harga RM300 kite kate harga RM30.Ayang beli jam tangan kat kite harga RM30 ayang kate harga RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi hadiah kat ayang, tapi setiap tahun birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Kite rosakkan headphone walkmen ayang, kite ganti satu discman baru.Ayang rosakkan kerete kite, ayang buat derk je.

13. Sekali ayang demam, kite kene diet 2kg nak jaga ayang. Sekali kite demam, ayang tambah berat 2kg sebab abiskan makanan kite.

14. Kite tak pernah kata ayang pendek, ayang marah kite tinggi sangat,member ayang ketawakan ayang.

15. Ayang datang umah kite, kite tido sofa, kite datang umah ayang,kite gak yang tido kat sofa.

16. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan ayang. Mak ayang tak pernah ajak kite makan kat umah ayang walau sekalipun.

17. Kucing umah kite bersalin, kite bagi anak kucing yang paling cute kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing tu dah mati. Ayang tak kate pa pe pun.Ayang bagi ikan emas yang dah dekat mati kat kite, 2 hari kite bela dah mati. Ayang kata nak bunuh semua anak kucing kite.

18. Ayang kalau nak pakai duit kite, terus ambil takyah bagitau.30 ke 80 ke seratus ke selagi wallet kite ade duit. Aritu kite nak pinjam 10 ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang kate kite kedekut.

19. Birthday ayang kite tak pernah terlupe. Birthday kite arini ayang tak pernah ingat.